Jom Buat Coklat Sendiri

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Datang Ke Blog Coklat Ummi

Assalamualaikum diucapkan kepada tuan/ puan atas kesudian melayari laman blog Coklat Ummi. Laman blog ini dibina bagi memperkenalkan produk keluaran Coklat Ummi berasaskan coklat. Sebenarnya, kami masih baru lagi dalam perniagaan coklat ini.

Sebagai perkenalan awal, biarlah saya perkenalkan diri dahulu. Saya bernama Salini binti Suid. Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini sedang berjinak-jinak menjalankan perniagaan coklat. Sebelum ini, saya adalah seorang guru agama di salah sebuah sekolah agama swasta di Pulau Pinang. Mengambil keputusan berhenti kerja bagi memberikan perhatian kepada keluarga dan belajar berniaga.

Saya beroperasi dari rumah sahaja di Bandar Bertam Putera, Kepala Batas, Pulau Pinang. Insya Allah, saya cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan/ puan.