Jom Buat Coklat Sendiri

Saturday, May 28, 2011


Tempahan daripada Nadia Bukit Mertajam. Produk yang ditempah adalah coklat box berbentuk love dan di dalamnya terdapat 3 biji coklat berbentuk bunga ros yang berintikan badam. Harga bagi coklat box ini ialah RM 15.00 termasuk coklat bunga ros. Semoga Beliau berpuas hati dengan perkhidmatan coklat ummi.

Monday, May 23, 2011


Alhamdulillah baru selesai menyiapkan tempahan coklat bar. Coklat bar ini telah ditempah oleh Puan Normala dari Taiping Perak. Bilangan coklat yang ditempah adalah sebanyak 200 keping coklat bar pelbagai rasa.

Coklat ummi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau menempah coklat ini.Beliau juga merupakan salah seorang pengedar coklat ummi. Semoga beliau berpuas hati.

Sunday, May 8, 2011

TEMPAHAN SEMPENA HARI IBU


Tempahan set coklat ini telah ditempah oleh pemilik kedai 'stationery' di kawasan Bertam Putra.Beliau membuat tempahan ini untuk ibunya yang tersayang sempena hari ibu.Perkataan yang tertera pada coklat tersebut ialan 'Hepi Mothers Day'.Semoga beliau berpuas hati dengan coklat yang ditempah.Harga untuk set coklat ini adalah RM40.00.

Friday, May 6, 2011

Jambangan bunga coklat



Set hamper coklat dan Coklat jambangan bunga ini ditempah oleh SK Taman Jana Taiping perak untuk hamper sempena hari guru. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia. Harga bagi jambangan bunga ini bergantung pada perhiasan dan bilangan coklat yang dimasukkan. Bagi jambangan di atas harganya ialah sebanyak RM 50.00, coklat bear dalam kotak lutsinar itu berharga RM1.50 satu kotak, coklat dalam balutan aluminium foil warna unggu itu RM0.80 sebiji manakala coklat berbentuk daun juga berharga RM0.80 sebiji. Semua sekali berharga RM78.40.Sesuai juga dijadikan sebagai hantaran untuk majlis perkahwinan dan pertunangan.Pelanggan boleh memilih warna tema kegemaran yang sesuai dengan majlis yang akan diadakan.