Jom Buat Coklat Sendiri

Wednesday, March 23, 2011

Coklat Ummi 'Doorgift' (TERBARU)




Coklat Ummi 'Doorgift'
Kandungan: 2 biji (satu kotak)
Harga:
1 kotak - RM1.50
500 kotak - RM675 (selepas diskaun 10%)
1000 kotak - RM1050 (selepas diskaun 30%)
Kos Penghantaran bergantung kepada berat coklat keseluruhannya

Coklat Pesanan Solehah


Gambar coklat di atas telah dipesan oleh Saudari Solehah dari Pulau Pinang. Beliau memberikan hadiah hari kelahiran umminya. Kalimah yang ditulis ialah SANAH HELWAH UMI. Coklat Ummi mengucapkan terima kasih kepada Saudari Solehah atas pesanan. Semoga ummi Saudari Solehah gembira dengan hadiah coklat ini.

Tuesday, March 1, 2011

Coklat Hantaran - Pesanan Saudari Noor Asyikeen


Ini adalah coklat hadiah yang dipesan oleh Puan Noor Asyikeen bt Jono. Kalimah yang ditulis di atas coklat tersebut ialah Sanah Helwah Yaumul Khitbah. Jumlah coklat yang terdapat di dalam kotak hadiah tersebut ialah sebanyak 35 bji. Harganya ialah RM40.

Coklat Ummi merakamkan ucapan terima kasih atas pesanan ini kepada Puan Noor Asyikeen bt Jono. Semoga berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Coklat Ummi Di Ekspo Mini Usahanita Kedah 2011


Coklat Bar Ummi dengan pembalut baru ekslusif
pertama kali muncul di pasaran.


Coklat Oreo Ummi yang mengandungi imej kartun
Upin & Ipin serta Ben 10 antara yang mendapat sambutan.

Saudari Elsadila bt Unggun bersama produl Coklat Ummi

Gambar-gambar di atas menunjukkan Coklat Ummi berada di Village Mall, Sungai Petani bagi menyertai Ekspo Mini Usahanita Kedah 2011. Ekspo Mini tersebut telah berlangsung pada 25-27 Februari bermula jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam sepanjang tarikh tersebut.

Coklat Ummi telah mengadakan pameran dan jualan beberapa produk yang dikeluarkan. Antara yang dipamerkan dan mendapat sambutan ialah Coklat Bar Ummi dan Coklat Oreo Berimej. Sepanjang pameran tersebut juga ada beberapa individu yang berminat memasarkan produk Coklat Ummi di kedai-kedai mereka.

Coklat Ummi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung dan pembeli yang berkunjung ke gerai Coklat Ummi. Sokongan anda amat berharga kepada Coklat Ummi.

Coklat Bar Dengan Pembalut Eksklusif

Coklat Bar Ummi Di Ekspo Mini Usahanita Kedah 2011

Coklat Bar Ummi Krispi

Coklat Bar Ummi Kismis

Coklat Bar Ummi Badam


Alhamdulillah, setelah beroperasi hampir tiga bulan, Coklat Ummi telah berjaya menghasilkan coklat bar dengan pembalut eksklusif (lihat gambar). Insya Allah selepas ini, coklat bar berjenama Ummi akan berada di kedai-kedai sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi sesiapa yang berminat memasarkan coklat bar Ummi bolehlah menghubungi Puan Salini bt Suid di talian 019-5629606.

Coklat bar Ummi boleh didapati dalam tiga perasa iaitu kismis, krispi dan badam. Harga yang ditawarkan ialah RM2 dengan berat 25 gram. Manakala coklat bar Ummi yang besar (berat 50 gram) dijual dengan harga RM3.50. Harga bagi pengedar pula ialah antara 10-40 % daripada harga jualan.

Coklat Hadiah - Kotak Diari




Coklat Hadiah - Kotak Diari
Kandungan: 20 biji
Harga: RM31
Pos: RM8
Jumlah: RM39